Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Participatory Design Conference 2024 di Universiti Teknologi Sarawak Sibu, semalam.

Sarawak imbangi pembangunan tanpa jejas alam sekitar, warisan semula jadi

ByDouglas Elliot

SIBU, 13 Ogos: Sarawak komited dalam mengimbangi pembangunan dan kemajuan ekonomi tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar dan juga warisan semula jadi di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tidak seharusnya dijadikan sebagai satu-satunya kayu pengukur bagi kemajuan kerana ia juga patut melihat kepada taraf kualiti hidup rakyat.

“Dalam masa kita hendak mencapai kemajuan, kita juga harus memastikan terdapat keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan alam sekitar.

“Dalam hal ini, Sarawak berusaha sedaya upaya untuk mencapai pembangunan seimbang tanpa menjejaskan alam sekitar serta warisan budaya yang telah kita warisi,” katanya ketika berucap pada Participatory Design Conference (PDC) 2024 yang diadakan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee dan Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.

Pada masa sama, Abang Johari berkata terdapat keperluan untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan keterlibatan manusia meskipun perkara itu bersifat kompleks.

“Teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk AI Generative dan Chatbox adalah penting. Ia adalah buatan karya yang tidak melibatkan campur tangan manusia secara langsung.

“Dalam erti kata lain, mesti ada keseimbangan antara teknologi dan sentuhan manusia,” katanya.

Jelasnya, kerjasama semua pihak adalah penting kerana pembangunan teknologi ini bukan sahaja mampu dijadikan sebagai alat pendemokrasian malah ia juga mampu mengganggu-gugat demokrasi yang telah lama dibina.

Bertemakan ‘Reaching Out: Connecting Beyond Participation’, PDC 2024 merupakan persidangan antarabangsa bagi membincangkan penyelesaian bagi reka bentuk produk, perkhidmatan dan sistem sosioteknik

PDC 2024 bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dengan komuniti penyelidik, pemegang taruh dan pengamal dari dalam dan luar negara.

Seramai 200 peserta dari 24 negara berkumpul pada persidangan yang julung kalinya diadakan di Asia.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan