Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam pintu rumah pekerja ladang sawit di Timbarap 2 Estate Sdn Bhd. Baram, Marudi, terbakar mengakibatkan 13 penghuni hilang tempat tinggal hari ini. Foto JBPM

Rumah pekerja ladang sawit terbakar, 13 penghuni hilang tempat tinggal

MARUDI, 13 Ogos: Enam pintu rumah pekerja ladang sawit di Timbarap 2 Estate Sdn Bhd. Baram di sini, terbakar mengakibatkan 13 penghuni hilang tempat tinggal hari ini.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah pikap, sebuah motor ATV dan dua buah motosikal.

Komander Operasi, PBK I Nasir Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.09 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran rumah pekerja ladang sawit satu blok enam pintu telah terbakar sepenuhnya.

“Seramai enam keluarga dengan 13 penghuni terjejas dalam kebakaran berpunca daripada pintu nombor satu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pekerja-pekerja yang terlibat dan pemilik ladang berusaha membuat pemadaman menggunakan satu pam dari sumber air yang sedia ada dan menggunakan 16 unit alat pemadam api.

“Api dapat dikawal daripada terus merebak ke unit-unit rumah yang lain yang berjarak lebih kurang 10 kaki antara satu sama lain.

“Jumlah keseluruhan blok rumah yang ada di ladang Timbarap 2 estate adalah 84 pintu,” ujarnya.

Katanya, semua mangsa berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

“Bomba Marudi turut membantu Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon Miri menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan