Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPR menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Johor akan diadakan pada 28 September depan. Foto fail Bernama.

PRK DUN Mahkota ditetapkan pada 28 September

ByConnie Grace

KUCHING, 13 Ogos: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor akan berlangsung pada 28 September depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

Tambah beliau, SPR turut menetapkan tempoh 14 hari untuk kempen PRK itu sehingga jam 11.59 malam 27 September.

“Seramai 66,318 pengundi kawasan itu layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih Tambahan Jun yang dikemas kini sehingga 2 Ogos lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 61,397 orang adalah pengundi biasa dan 4,510 orang anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis dan 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kluang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Sementara itu Ramlan memaklumkan, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK berkenaan amula dibuka hari ini.

Tambahnya seramai 1,126 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK berkenaan yang melihat 23 pusat mengundi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan