Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting menyambut ketibaan pasukan bola lisut dari Sabah di Lapangan Terbang Miri, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Penganjuran SUKMA di Miri menyumbang peningkatan pelawat

ByAkma Salleh

MIRI, 13 Ogos: Pemilihan Miri sebagai salah satu venue penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menyumbang terhadap peningkatan jumlah kemasukan pelawat ke bandar raya ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata pengunjung dan penyokong bukan sahaja dapat menyaksikan enam acara yang dipertandingkan bahkan dalam masa sama dapat menikmati atau meneroka keindahan Miri.

“Kita sangat gembira kerana turut menjadi venue SUKMA kerana jika kita lihat dari sudut pelancongan penganjuran kali ini bukan sahaja menyambut para atlet dari setiap negeri tetapi juga menyambut kehadiran para penyokong termasuk dari Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menyambut ketibaan pasukan bola lisut Sabah di Lapangan Terbang Miri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sebastian juga berharap Sarawak dapat membutirkan emas bagi kempen sukan kali ini.

“Kepada semua atlet, tidak kira dari negeri apa sekali pun, saya harap anda dapat melalukan yang terbaik pada SUKMA ini.

“Memandangkan Sarawak adalah tuan rumah SUKMA saya harap kita (Sarawak) boleh menjadi juara keseluruhan dan membutirkan pingat emas buat Bumi Kenyalang bertuah ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan