Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris. Foto AFP

Pemenang lima pingat Olimpik, Daley umum bersara daripada sukan terjun

ByBernama

LONDON, 13 Ogos: Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penerjun berusia 30 tahun itu yang memenangi pingat emas di Tokyo pada 2021, mendedahkan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menamatkan kariernya semasa wawancara dengan British Vogue.

Daley yang menambah koleksi pingat Olimpik kelimanya dengan pingat perak dalam acara 10 meter seirama di Paris, berkata: “Ia terasa sangat, sangat aneh”.

“Saya berasa amat gementar untuk menghadapi ini, mengetahui ia adalah Olimpik terakhir saya. Terdapat banyak tekanan dan harapan. Saya sangat bersemangat untuk menyelesaikannya.

Tetapi apabila saya keluar dan melihat Lance dan anak-anak saya (Robbie dan Phoenix) serta rakan-rakan dan keluarga saya dalam kalangan penonton, saya terfikir, inilah sebabnya saya lakukan ini.

Ia sangat emosional di penghujung, di atas platform, mengetahui itu adalah terjunan kompetitif terakhir saya. Tetapi saya perlu membuat keputusan ini pada suatu ketika, dan ia terasa seperti waktu yang tepat. Inilah masa yang sesuai untuk menamatkannya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan