Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin ketika berucap pada Ceramah Keselamatan Penerbangan 2024 Wilayah Selatan di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Patuhi arahan dan undang-undang ketika mengendali dron – Khim Shin

ByTVS

KUCHING, 13 Ogos: Industri penerbangan pada masa kini dirancakkan dengan penggunaan teknologi dron yang menjadi salah satu instrumen utama yang diguna pakai dalam pelbagai industri.

Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin berkata, keselamatan penerbangan serta ruang udara, merupakan tanggungjawab bersama.

Justeru, beliau menggesa agar pengendali dron mematuhi segala peraturan dan pengoperasian dron seperti yang termaktub di bawah aturan Bahagian XVI Penerbangan Awam 2016 dan Pekeliling Maklumat Aeronautik 4/2008, di bawah pengawasan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Drone atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), telah menjadi sebahagian daripada landskap moden pada masa kini. Dron kini digunakan dalam pelbagai industri, antaranya termasuklah dalam industri pertanian dan pembinaan, fotografi serta logistik.

“Pada masa yang sama, dengan peningkatan penggunaan dron pada masa kini, kita perlu memikul serta berkongsi tanggungjawab dalam memastikan keselamatan ruang udara untuk semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Keselamatan Penerbangan 2024 Wilayah Selatan di Kuching pada Selasa.

Pada program yang sama, Lee turut menekankan peranan semua pihak untuk menggembleng tenaga serta bertukar buah fikiran terutama dalam mendepani isu berkaitan keselamatan udara, dan ini termasuklah mencari jalan penyelesaian dan cadangan menambah baik isu berkaitan keselamatan industri penerbangan serta ruang udara.

Seramai lebih 100 peserta yang terdiri daripada pemain industri serta pihak keselamatan dan berkepentingan menghadiri ceramah yang diadakan di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Menteri MOTS, Datuk Dr. Jerip Susil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan