Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi hadir Pra Pelancaran WWCE IWA Kuching 2028 di Montreal, Kanada. Foto, MUT Sarawak.

Kongres dan Pameran Air Sedunia 2028 Sarawak buka ruang perbincangan ASEAN tangani isu dihadapi

ByConnie Grace

KUCHING, 13 Ogos: Penganjuran Kongres dan Pameran Air Sedunia (WWCE) oleh Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada 2028 di Sarawak diyakini akan menjadi platform terbaik bagi ASEAN mencari kaedah menangani cabaran isu air yang dihadapi.

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak berkata, pentas disediakan IWA itu membuka ruang untuk negara terlibat mengadakan perbincangan berkesan serta bekerjasama dalam isu berkenaan.

Jelas MUT, WWCE merupakan acara global terbesar anjuran IWA yang menghimpunkan pakar terkemuka dunia untuk mencari penyelesaian berkaitan masa depan air yang selamat, mampan dan saksama.

“WWCE yang diadakan pada setiap dua tahun di pelbagai lokasi seluruh dunia juga akan mempamerkan inovasi, teknologi dan pengalaman terkini dalam sektor air.

“Setiap edisi menawarkan peluang untuk mengetengahkan isu dan kepakaran serantau dan untuk mengukuhkan hubungan dalam dan luar wilayah,” jelas MUT menerusi kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi hadir pada Pra Pelancaran WWCE IWA Kuching 2028 di Montreal, Kanada semalam yang turut disaksikan oleh Presiden IWA, Tom Mollenkopf dan Pengarah Eksekutif IWA, Profesor Kala Vairavamoorthy.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengarah Wilayah Asia dan Oceania IWA, Dr. Hong Lidan Oceania, Presiden Persatuan Air Malaysia, Dr. Ir. Ts. Mohmad Asari Daud dan Pengerusi Persatuan Air Malaysia Cawangan Sarawak, Ts. Kelvin Kuek Hann Yin.

Pada tahun lepas, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak terpilih sebagai tuan rumah WWCE IWA 2028.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan