Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes denggi di Filipina melonjak kepada 136,161 dari Januari hingga 3 Ogos tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 364 kematian, kata Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu pada Selasa, menurut Xinhua. Foto hiasan Envato

Kes denggi di Filipina cecah 136,161 dengan 364 kematian

ByBernama

MANILA, 13 Ogos: Kes denggi di Filipina melonjak kepada 136,161 dari Januari hingga 3 Ogos tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 364 kematian, kata Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu pada Selasa, menurut Xinhua.

“Jumlah kematian yang dicatatkan tahun ini terus berkurang walaupun kes meningkat,” kata jurucakap DOH Penolong Setiausaha Albert Domingo.

Beliau mengaitkan jumlah kematian yang agak rendah tahun ini dengan “orang ramai yang mendapatkan rawatan awal dan hospital menguruskan kes dengan lebih baik”.

Domingo menggesa orang ramai untuk berwaspada, mengingatkan mereka bahawa kes denggi “masih dalam aliran meningkat”.

Denggi adalah endemik di Filipina. Penyakit berjangkit bawaan air termasuk denggi, biasanya memuncak pada permulaan musim hujan dari Julai hingga Oktober disebabkan oleh keadaan cuaca yang berubah-ubah, banjir dan pengumpulan air yang tercemar.

Nyamuk aedes membiak dalam air bertakung seperti bekas berisi air dan dalam beberapa tumbuhan, seperti pisang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan