Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar mengesahkan bahawa menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 4.8 magnitud yang melanda berhampiran Hama, Syria pada Isnin malam. Foto hiasan Envato

Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Ogos: Kementerian Luar mengesahkan bahawa menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 4.8 magnitud yang melanda berhampiran Hama, Syria pada Isnin malam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan memantau keadaan semasa.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata ia menggesa rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan keberadaan mereka amat digalakkan untuk berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria melalui panggilan telefon di +963 93324 5555 atau melalui e-mel di samir@honconsuladvisor.my.

Bagi mereka yang berada di Lubnan, Kedutaan Malaysia terletak di Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan.

Selain itu, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan melalui panggilan telefon di +961 71 380 063 atau +961 7677 2527, atau melalui e-mel di mwbeirut@kln.gov.my.

Kementerian itu berkata ia akan berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang perkembangan terkini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan