Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Isnin berkata bahawa pakarnya melawat menara penyejuk yang rosak di Loji Tenaga Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) di Ukraine dan tidak menemukan sebarang kesan dron. Foto AFP

Kebakaran di Loji Tenaga Nuklear Zaporizhzhia tidak mungkin disebabkan serangan dron: IAEA

ByBernama

WASHINGTON, 13 Ogos: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Isnin berkata bahawa pakarnya melawat menara penyejuk yang rosak di Loji Tenaga Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) di Ukraine dan tidak menemukan sebarang kesan dron.

“Berdasarkan pemerhatian, pasukan menilai bahawa tidak mungkin sumber utama kebakaran bermula di dasar menara penyejuk,” kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi dalam kenyataan, menurut Agensi Anadolu.

Kenyataannya dibuat sehari selepas Ukraine dan Rusia saling menuduh berikutan laporan mengenai kebakaran di satu daripada sistem penyejukan loji tenaga yang dikawal oleh Rusia itu.

Rusia menuduh tentera Ukraine menyerang menara penyejuk dengan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), manakala Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menuduh tentera Rusia menyebabkan kebakaran di loji itu.

Semasa melawat menara penyejuk yang terjejas, Grossi berkata pasukan itu melihat kawasan terbakar pada peralatan dalaman di bahagian atas, berhampiran paras pengagihan muncung air.

Sampel serpihan, termasuk plastik yang terbakar dan cair, telah dikumpul, katanya sambil menambah:

“Tiada tayar atau kesan dron yang ditemukan semasa pemeriksaan.”

Pasukan itu mengesahkan bahawa tiada tanda gangguan ketara pada serpihan, abu atau jelaga di dasar menara penyejuk dan keselamatan nuklear loji berkenaan tidak terjejas, tegasnya.

“Pasukan itu belum dapat membuat kesimpulan muktamad berdasarkan penemuan dan pemerhatian setakat ini,” kata Grossi.

Beliau berkata IAEA akan meneruskan analisis keseluruhannya selepas kajian tambahan dan akses ke paras pengagihan muncung air dan kolam air sejuk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan