Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan lawatan ke Kampus Laila Taib Universiti Teknologi Sarawak di Mukah, hari ini.

Kampus Laila Taib UTS Mukah jalin kerjasama dengan Turki dalam bidang kejuruteraan marin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 13 Ogos: Kampus Laila Taib Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Mukah akan menjalin kerjasama strategik dengan Turki dalam bidang kejuruteraan marin dan aeroangkasa.

Dalam lawatan kerja ke kampus berkenaan hari ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan menekankan kepentingan bidang pendidikan, terutama dalam sektor kejuruteraan, sebagai tunjang kepada pembangunan di Mukah.

“Kampus Laila Taib UTS Mukah ini menawarkan kursus kejuruteraan marin yang canggih dengan pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Marin.

“Mungkin kampus di Mukah ini adalah satu-satunya kampus kejuruteraan marin yang canggih di Malaysia,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa teknologi simulasi yang digunakan di kampus tersebut adalah setaraf dengan yang digunakan oleh negara-negara maju seperti Turki.

“Teknologi yang digunakan oleh UTS dalam bidang kejuruteraan marin ini digunakan oleh Turki dan sebab itu saya cadangkan UTS khususnya Kampus Laila Taib untuk bekerjasama dengan Turki.

“Kita juga bercadang untuk memperluas kerjasama ini dalam bidang aeroangkasa,” tambah beliau.

Kerjasama ini bakal membuka peluang kepada pelajar UTS untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah di universiti di Turki serta memperkenalkan teknologi canggih dalam industri marin.

Dalam perbincangan bersama pihak universiti, Abang Johari juga mencadangkan agar program kejuruteraan marin ini diperluas untuk merangkumi pengurusan pelabuhan serta teknologi bawah air, termasuk penggunaan dron bawah laut yang dilengkapi dengan teknologi remote sensing terkini.

“Ini adalah satu perkara yang baru dalam industri perkapalan kerana teknologi sekarang sudah canggih, menggunakan remote sensing, terutamanya dalam industri minyak dan gas,” ujar beliau.

Sementara itu, Abang Johari turut menyentuh tentang potensi UTS dalam melatih pakar dalam penggunaan cip kompaun yang sangat penting dalam teknologi remote sensing.

Beliau mencadangkan program lanjutan dalam bidang kejuruteraan marin yang boleh membawa kepada kepakaran dalam pengurusan data bawah laut yang penting untuk eksplorasi minyak dan gas.

“Kita akan menawarkan program pelbagai disiplin di universiti ini yang dapat melahirkan tenaga pakar dalam bidang yang sangat diperlukan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan