Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (dua,kanan) ketika ditemui pengamal media sebaik tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini selepas penyertaan di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Bernama

Hannah mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

ByBernama

SEPANG, 13 Ogos: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kontinjen negara masih belum berjaya membawa pulang pingat emas pertama daripada temasya Sukan Olimpik paris 2024.

Beliau menyifatkan program Road To Gold (RTG) untuk menamatkan kemarau 68 tahun pingat emas sebagai ‘tidak gagal’ sebaliknya ia masih belum berjaya.

Beliau berkata seperti diumumkan sebelum ini RTG ditubukan tahun lepas merupakan program jangka masa panjang yang dilaksanakan bagi dua temasya Sukan Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles pada 2028.

“Jadi kita belum berjaya mendapatkan pingat emas pertama dan seperti yang saya nyatakan pemegang taruh kita dalam RTG adalah atlet dan jurulatih kerana ini (RTG) adalah ‘top service’ untuk mereka pertingkatkan peluang dapatkan pingat emas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tiba bersama skuad berbasikal Olimpik Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Hannah yang juga Pengerusi Bersama RTG berkata walaupun belum berjaya membawa pingat emas namun program itu menyaksikan peningkatan prestasi bagi beberapa atlet.

Beliau berkata ini terbukti apabila tiga atlet telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya itu iaitu pelumba basikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri serta atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan selain terdapat beberapa atlet lain mencipta catatan peribadi terbaik.

Katanya Jawatankuasa RTG akan bermesyuarat dan mendapatkan laporan teknikal daripada kesemua pasukan bagi menilai prestasi serta menyediakan laporan beraudit bekenaan perbelanjaan program itu.

Namun, beliau berkata pihaknya memerlukan masa untuk bermesyuarat dan menyediakan laporan tersebut kerana berdepan jadual padat susulan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak dan Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos ini.

Malaysia menamatkam misi Olimpik Paris 2024 dengan dua pingat gangsa menerusi beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Sik dan jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan