Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka korban akibat gelombang haba di Korea Selatan meningkat kepada 21 orang setakat tahun ini, dengan hampir 2,300 orang dirawat akibat penyakit berkaitan haba, menurut kementerian dalam negeri pada Selasa. Foto AFP

Angka korban gelombang haba di Korea Selatan meningkat kepada 21 orang

ByBernama

SEOUL, 13 Ogos: Angka korban akibat gelombang haba di Korea Selatan meningkat kepada 21 orang setakat tahun ini, dengan hampir 2,300 orang dirawat akibat penyakit berkaitan haba, menurut kementerian dalam negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Seorang lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital pada Isnin selepas ditemukan di jalan berhampiran rumahnya sehari sebelumnya, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Kematian itu menjadikan jumlah korban akibat gelombang haba meningkat kepada 21 orang antara 20 Mei dan 11 Ogos, di tengah-tengah cuaca panas terik yang berterusan di seluruh negara.

Jumlah pesakit yang dirawat akibat penyakit berkaitan haba antara 20 Mei dan 11 Ogos meningkat kepada 2,293 orang, lebih tinggi daripada 2,139 orang dalam tempoh yang sama pada 2023.

Gelombang haba yang berterusan itu turut menyebabkan kematian 703,000 ekor ternakan, termasuk 658,000 ayam itik serta 895,000 ikan ternakan dari 11 Jun hingga 12 Ogos.

Agensi cuaca menjangkakan gelombang haba akan berterusan buat sementara waktu di kebanyakan kawasan negara itu, dengan malam tropika diramalkan melanda wilayah barat dan kawasan pantai.

Suhu pada siang hari Selasa dianggarkan antara 30-36 darjah Celsius di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan