Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama para pemimpin lain pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Mukah, malam ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Abang Johari dijemput berkongsi pengalaman mengenai tenaga hijau di Hong Kong

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 13 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima jemputan untuk berkongsi pengalaman Sarawak mengenai tenaga hijau di Hong Kong.

Mendedahkan perkara itu, beliau berkata jemputan di peringkat antarabangsa menandakan pengiktirafan negara-negara lain terhadap usaha Sarawak dalam pembangunan tenaga hijau.

“Jemputan dari Hong Kong ini untuk berkongsi pendekatan baru dalam tenaga hijau. Dunia kini mengenali Sarawak melalui inisiatif ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin bersama Rakyat di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai dan Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib.

Abang Johari sebelum ini pernah berkongsi pengalaman Sarawak dalam bidang ekonomi dan tenaga baharu, antaranya di Poland, Rotterdam, Bangkok, Singapura dan Australia.

“Pengiktirafan ini adalah bukti kejayaan Sarawak sebagai perintis dalam bidang tenaga hijau, sekali gus memperkukuhkan kedudukan kita di peringkat global,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan