Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 19 atlet akan mengibarkan cabaran Bumi Kenyalang dalam acara Muay Thai SUKMA Sarawak 2024.

SUKMA: Berlatih di Bangkok, sertai pertandingan di Koh Samui demi emas untuk Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Pasukan Muay Thai Sarawak membuat persiapan rapi termasuk berkelana ke Thailand bagi memastikan sasaran meraih emas di tempat sendiri pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 tercapai.

Jurulatihnya, Roslan Johani berkata seramai 19 atlet terpilih membawa cabaran Bumi Kenyalang dan tiba di Bintulu yang menjadi venue acara itu semalam.

Katanya, pecahan terdiri daripada sembilan atlet lelaki dan lima perempuan untuk kategori combat.

“Bagi Muay lelaki, tiga atlet perempuan dan dua atlet lelaki akan bersaing.

“Sejak beberapa bulan lepas, mereka disiapkan dengan suasana pertandingan sebenar termasuk dihantar ke Thailand bagi mendapat pendedahan diperlukan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Tambah Roslan pasukan combat pula dihantar ‘berkampung’ di Kelantan.

“Kemudian mereka ke Koh Samui, Thailand selama dua bulan bagi menyertai tiga pertandingan di pulau berkenaan,” katanya.

Atlet kategori Muay pula katanya mengharungi latihan insentif di Bangkok selama 10 hari.

SUKMA : Emas ini untuk Sarawak, kata Johan Ghazali

Ditanya mengenai kelebihan latihan di negara itu, Roslan berkata atletnya berpeluang berlatih dan bertarung dengan atlet kebangsaan Thailand.

Mengenai sasaran pingat, Roslan memberitahu mereka berharap dapat meraih dua emas, satu perak dan dua gangsa namun sedar saingan sengit yang bakal diterima kelak.

SUKMA 2024: Hasbullah impi tukar gangsa Muay Thai kepada emas untuk Sarawak

“Semua negeri berpotensi menjadi ancaman kepada atlet kita walaupun ada yang melihat Perak dan Selangor sebagai antara yang memiliki ramai atlet berpotensi,” katanya.

SUKMA : Anak muda Sadong Jaya sumbang gangsa Muay Thai

Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Sarawak berjaya meraih dua emas menerusi Muay Thai. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan