Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Affin Bank Berhad dengan Universiti Malaysia Sarawak Unimas dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak. Foto TVS

Sasar 10 pelajar kohort pertama Program Perintis AFFIN-UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos: Seramai 10 pelajar disasar bagi pengambilan pertama Program Perintis AFFIN -Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bermula tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, program tersebut menjadi langkah penting untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman praktikal dan situasi sebenar sektor kewangan dan perbankan.

Katanya, program itu dilaksanakan menerusi Momorandum Persefahaman (MoU) membabitkan MEITD bersama Affin Bank Berhad dan UNIMAS

“Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk bekerjasama dengan pakar industri sekali gus menjadi persediaan untuk berdepan cabaran di pasaran kerja.

“Mereka (AFFIN Bank dan UNIMAS) akan memberikan latihan kepada pelajar berkaitan kewangan dan perakaunan.

“Penglibatan pelajar akan merangkumi 70 peratus latihan industri bersama AFFIN Bank manakala selebihnya iaitu 30 peratus adalah sesi akedemik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU membabitkan AFFIN Bank dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  dan MEITD di sini hari ini.

Berbeza dengan kaedah latihan praktikal industri biasa, Program Perintis AFFIN -UNIMAS mengintergrasikan pembelajaran akedemik dengan pengalaman praktikal industri bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran diperlukan bagi kerjaya dalam industri kewangan.

Intergarasi tersebut seterusnya akan membantu memperkasa serta meningkatkan aspek kebolehpasaran pelajar terlibat dalam sektor industri kewangan dan perbankan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Islamic Bank Berhad Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin berkata, kedua – dua pihak masih meneliti butiran berkaitan program tersebut namun memaklumkan tempoh perlaksanaan berkemungkinan selama dua tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan