Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Pembangunan Korporat Sarawak Energy, Dr. Chen Shiun (hujung kanan) usai sesi panel “Menjinakkan Naga: Peranan Atribut Alam Sekitar Dalam Peralihan Tenaga”. Foto Sarawak Energy

Sarawak Energy ambil bahagian dalam pasaran kredit karbon, REC ke arah masa depan rendah karbon

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 12 Ogos: Sarawak Energy komited untuk meneruskan matlamat kemampanan negara dan mengambil bahagian dalam pasaran kredit karbon dan sijil tenaga boleh diperbaharui (REC).

Menurut Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Pembangunan Korporat Sarawak Energy, Dr. Chen Shiun, komitmen tersebut bagi menyokong peralihan negara ke arah masa depan rendah karbon.

Bercakap dalam sesi bertajuk “Menjinakkan Naga: Peranan Atribut Alam Sekitar Dalam Peralihan Tenaga” pada Forum Pasaran Karbon Malaysia (MCMF) baru-baru ini, Dr. Chen menekankan kepentingan kredit karbon dan REC untuk memperakui penjanaan tenaga boleh diperbaharui.

“Sebagai sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 atau PCDS 2030, Sarawak Energy terus melabur secara aktif dalam tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga hidro, sebagai pemacu pertumbuhan utama.

“Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) Kerajaan Sarawak yang diumumkan pada Persidangan Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 bersedia untuk meningkatkan lagi peralihan tenaga dengan bidang tumpuan utamanya termasuk tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, kecekapan tenaga, mobiliti hijau, bahan api sintetik, biotenaga, minyak dan gas, serta penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS),” jelasnya.

Menurut Dr. Chen, setakat ini, syarikat itu telah menjual lebih 5 juta REC, iaitu peningkatan ketara daripada 15,000 dijual pada 2020 dan sejak syarikat itu mula-mula melancarkan REC pada 2019.

“Sarawak Energy menyasarkan untuk terus meningkatkan jumlah ini dengan mengembangkan jualan REC dan meneroka projek tenaga boleh diperbaharui ,” tambahnya.

Apabila pasaran kredit karbon dan REC berkembang di Malaysia, Dr. Chen berkata, evolusi pasaran ini mencerminkan komitmen yang semakin meningkat terhadap kemampanan merentas industri, memandangkan syarikat itu sedar akan kepentingan menyepadukan tanggungjawab alam sekitar ke dalam operasi mereka.

“Pengenalan Sarawak Energy bagi REC pertama negeri pada Forum Kelestarian dan Tenaga Diperbaharui (SAREF) 2019 adalah penting.

“Kami adalah utiliti pertama di Malaysia yang berbuat demikian, penggunaan REC kami semakin meningkat apabila syarikat menyelaraskan operasi mereka dengan matlamat kemampanan,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap masa depan pasaran REC Malaysia, dengan jangkaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang pelbagai akan dimainkan dan lebih banyak perniagaan terlibat dalam kemampanan.

Tambah beliau, pertumbuhan ini turut disokong inisiatif kerajaan seperti Insentif Cukai Teknologi Hijau yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan pada 2014.

Forum Pasaran Karbon Malaysia (MCMF) yang dirasmikan pada 2023 ialah acara utama tahunan BCX yang didedikasikan untuk memacu perbualan dan tindakan yang membentuk dan memajukan pasaran karbon Malaysia.

Forum itu turut menyaksikan pelancaran Persatuan Pasaran Karbon Malaysia (MCMA) yang ditubuhkan bagi memudahkan dan mempercepatkan pembangunan pasaran karbon Malaysia melalui input ke arah penggubalan dasar pasaran karbon negara, pembinaan keupayaan bakat dan kerjasama strategik dengan peserta pasaran karbon domestik dan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan