Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raptai hari pertama Sempena Acara Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Raptai hari pertama meriah, berjalan lancar

ByMadeline Dugat

KUCHING, 12 Ogos: Raptai hari pertama sempena Majlis Perasmian  dan Upacara Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 meriah dan berjalan lancar.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah turun padang untuk melihat persiapan bagi acara tersebut di Stadium Sarawak di sini malam ini.

Mengiringi beliau Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.

SUKMA kali ini memaparkan keunikan kebudayaan dan identiti Bumi Kenyalang.

Seramai 1,800 peserta yang terdiri daripada pelbagai persatuan, pelajar institusi pengajian tinggi awan dan swasta termasuk pelajar sekolah turut terlibat dalam acara berprestij tersebut.

SUKMA Sarawak 2024 yang akan berlangsung secara rasmi pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri dengan  37 jenis sukan dipertandingkan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan