Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemuda cedera paras selepas kereta dipandu melanggar tiang elektrik di simpang Ladang Tawakal, Jalan Pesisir Pantai, Miri, malam tadi. Foto JBPM

Pemuda cedera parah kereta dipandu rempuh tiang elektrik

MIRI, 12 Ogos: Seorang pemuda cedera parah selepas kereta dipandu melanggar tiang elektrik di simpang Ladang Tawakal, Jalan Pesisir Pantai di sini, malam tadi.

Komander Operasi, PBK II Awang Azdwan Awang Sahari berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima laporan berhubung kes itu jam 8.39 malam dengan menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki telah terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik.

“Mangsa Calvin Dana James, 20, tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah telah di keluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat penstabilan pada mangsa dengan memasang Cervival Collar dan memindahkan mangsa ke atas strecher sementara menunggu ambulans sampai.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan