Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Dayang Nurifizawati Abang Abdul Karim bersama peserta kursus pada Majlis Penutupan dan Penyerahan Kit Bahan-Bahan Kursus Quick Win serta Penyampaian Sijil SKM PPT Tahap 2 dan Kursus Kemahiran Tahun 2024 di Pusat Kecemerlangan Wellbest. Foto TVS

Kursus Quick Win KEMAS bantu tingkatkan pendapatan usahawan

KUCHING, 12 Ogos: Kursus kemahiran dan asas perniagaan, Quick Win, yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Petra Jaya diyakini berupaya membantu meningkatkan pendapatan golongan sasar yang terdiri dari golongan belia, suri rumah dan ibu tunggal.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata empat kursus kemahiran jangka pendek berlangsung antara 1 hingga 3 hari bermula Jumaat lalu melibatkan lebih 40 peserta seawal usia 17 tahun.

Kursus tersebut adalah SKMK Modular Jahitan (blouse), kursus dandanan diri dan kursus makanan sejuk beku dan solekan profesional yakni peserta yang layak akan turut menerima kit bantuan daripada KEMAS selepas menghadiri kursus tersebut.

“Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan memberikan kit permulaan perniagaan kepada peserta yang layak untuk meneruskan kemahiran dalam bidang keusahawan.

“Strategi ini selaras dengan keperluan pada masa kini dimana peserta dapat meningkatkan kemahiran serta menambahkan pendapatan mereka,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim pada Majlis Penutupan dan Penyerahan Kit Bahan-Bahan Kursus Quick Win serta Penyampaian Sijil SKM PPT Tahap 2 dan Kursus Kemahiran Tahun 2024 di Pusat Kecemerlangan Wellbest di sini, hari ini.

Antara yang hadir, Pegawai Kemas Bahagian Kuching, Hazlinah Samsir dan Penghulu Samariang, Mahidi Pihak.

Dalam pada itu, KEMAS turut berjaya menaik taraf empat bidang kemahiran bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Bidang tersebut adalah jahitan, masakan, dandanan diri dan seni tangan.

KEMAS Petra Jaya turut terpilih untuk melaksanakan SKM Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dalam sub bidang masakan iaitu pastri dengan 15 peserta menerima sijil SKM PPT Tahap 2 pada majlis yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan