Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis di Majlis Perasmian Klinik Asas Pingpong Bahagian Sri Aman di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah. Foto TVS

Cungkil bakat muda di Sri Aman dalam sukan pingpong

SRI AMAN, 12 Ogos: Kelab Pingpong Arena SK dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman menubuhkan Klinik Asas Pingpong melibatkan penyertaan seramai 39 murid dari tujuh sekolah rendah terpilih di sini, bertujuan mencungkil bakat muda dalam sukan pingpong.

Tujuh sekolah rendah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman, SK Abang Aing, SK Agama, SK Pulau Seduku, SK Saint Luke, SK Sbangki Lubok Antu dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis mahu pihak kelab mendapatkan maklumat dari sekolah rendah di kawasan itu mencari murid yang berminat dan memiliki bakat dalam sukan pingpong untuk diketengah ke peringkat yang lebih tinggi.

“Penubuhan Kelab Pingpong Arena SK sudah pasti dapat membantu kita mencapai impian untuk melahirkan barisan atlet sukan pingpong dari Sri Aman bagi mewakili negeri dan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Klinik Asas Pingpong Bahagian Sri Aman di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola, Mostapha Tugo berkata, klinik itu akan memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah tentang sukan pingpong.

“Ini seterusnya menarik minat mereka untuk melibatkan diri dalai sukan ini dan mengetahui teknik permainan yang betul,” katanya.

Pada majlis itu Harden telah meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Kelab Pingpong Arena SK bagi membiaya aktiviti kelab dalam melahirkan pemain pelapis pada masa hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan