Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ong Kim Swee memberitahu sesuatu kepada pemainnya yang akan menentang Selangor malam esok.

Beraksi tanpa empat tonggak utama

ByBernama

KOTA KINABALU: Sabah FC bakal berdepan kunjungan Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam esok tanpa empat tonggak utamanya akibat kecederaan.

Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata kapten pasukan Park Taesu bersama Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, dan pemain kebangsaan Stuart Wilkin masih dalam senarai kecederaan pasukan itu.

Beliau berkata Selangor juga sudah tentu akan memanfaatkan pertemuan itu untuk mencatat keputusan positif menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim FC pada 24 Ogos ini.

“Bagi Sabah, kemenangan (jaringan 2-3) menentang Sri Pahang FC di Temerloh tempoh hari (Jumaat lepas) sangat positif untuk kita bersiap sedia memberikan tentangan hebat kepada Selangor malam esok.

“Kita tahu Selangor mendapat kemenangan ketika beraksi di luar sebelum ini dan layak ke final Piala FA, jadi sudah pasti ia akan memberikan cabaran yang cukup sengit beraksi di Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabah pada masa ini berada di kedudukan keempat dalam Liga Super dengan 13 mata daripada tujuh perlawanan, manakala Selangor di tempat kedua dengan 16 mata daripada lapan perlawanan.

Sehubungan itu, Kim Swee berkata Sabah tidak akan memandang rendah keupayaan pasukan lawan serta memastikan kesemua pemain bersiap sedia pada perlawanan esok.

“Kita tahu berdasarkan rekod, Sabah mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri berikutan sokongan padu daripada penyokong.

“Apa yang penting semua pemain perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sekali gus memberikan komitmen penting untuk mencapai keputusan positif malam esok,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan