Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 11 individu termasuk mangsa yang terselamat bersama ibu bapa masing-masing, telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok pada Jumaat. Foto hiasan Envato

Bayi maut tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu

ByBernama

KOTA BHARU, 12 Ogos: Seramai 11 individu termasuk mangsa yang terselamat bersama ibu bapa masing-masing, telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata polis juga akan mengambil keterangan daripada pihak yang melakukan usaha menyelamat mangsa, pada malam tersebut.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu dan akan memanggil mana-mana saksi yang diperlukan.

“Siasatan akan dilaksanakan secara telus meliputi pelbagai aspek kerana sekiranya wujud unsur pengabaian, tindakan seterusnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan