Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Foto TVS

Agensi agama perlu terima teknologi terkini

KUCHING, 12 Ogos: Agensi agama termasuk Mahkamah Syariah perlu bersedia dan menerima perkembangan teknologi pada masa kini agar tidak ketinggalan dalam arus perdana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, penggunaan teknologi masa kini harus diterima pakai oleh semua agensi.

“Agensi agama termasuk Mahkamah Syariah perlu bersedia dan menerima pakai teknologi yang ada pada hari ini agar tidak ketinggalan dan perlu bergerak seiring dengan arus permodenan dalam memperluaskan dakwah Islam.

“Jika kita lihat pada zaman dahulu, terdapat banyak tokoh agamawan yang lahir seperti Ibnu Sina, Ibnu Hus dan Ibnu Khaldun yang bukan sahaja mampu berdakwah tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu seperti kedoktoran.

“Ini jelas membuktikan Islam adalah agama yang tidak menolak perubahan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen IKMAS ke-20 di sini, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan