Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian motosikal diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini semalam. Foto PDRM Pulau Pinang

48 motosikal dipercayai terlibat pelesit rempit disita

BUTTERWORTH, 12 Ogos: Sebanyak 48 motosikal dipercayai terlibat dalam kegiatan pelesit rempit disita polis dalam Operasi Samseng Jalanan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini semalam.

Operasi tersebut dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Seberang Perai Utara serta Balai Polis Butterworth kira-kira lapan jam bermula pukul 5 petang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, operasi itu dijalankan bagi mencegah aktiviti samseng jalanan terutama kegiatan lumba haram di kawasan tersebut selain untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.

“Sebanyak 48 daripada 67 motosikal yang diperiksa disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, sebanyak 195 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis mengingatkan penggunakan jalan raya khususnya golongan remaja agar tidak terjebak dalam kegiatan lumba haram yang boleh mengancam nyawa sendiri dan orang lain. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan