Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Selangau-Tatau hari ini. Foto JBPM

Warga emas maut dalam kemalangan dua kenderaan

SELANGAU, 11 Ogos: Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Selangau-Tatau di sini, hari ini.

Mangsa dikenali Dijah Lalei,65, yang merupakan penumpang kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Komander Operasi, PBK II Abdul Malik Chi berkata, Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Selangau menerima laporan berhubung kes itu jam 6.29 pagi seterusnya menggerakkan lima anggota ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Saga dan Mitsubishi Pajero Sport.

“Seorang mangsa wanita terperangkap di dalam Proton Saga manakala mangsa lelaki berjaya keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk tindak selanjutnya,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan