Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerima Anugerah Tokoh Imam Mithali, Anugerah Tokoh Guru Takmir Mithali dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Mithali Peringkat Sarawak Tahun 2024 pada Majlis Jelajah Madani Ulama' dan Umara' Peringkat Sarawak Tahun 2024 di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Teruskan dakwah walaupun berdepan cabaran

ByAsmah Adenan

KUCHING, 11 Ogos: Penerima Anugerah Tokoh Imam Mithali, Anugerah Tokoh Guru Takmir Mithali dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Mithali Peringkat Sarawak Tahun 2024 akan meneruskan dakwah walaupun berdepan cabaran.

Penerima Anugerah Tokoh Guru Takmir Mithali, Ibrahim Hermanto Jepon berkata, guru takmir memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh ummah.

“Saya berharap guru takmir terus berdedikasi dan komited dalam menyampaikan dakwah serta ilmu secara terus kepada jemaah terutamanya di kampung dan masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Sarawak Tahun 2024 di sini, hari ini.

Ibrahim yang berpengalaman selama 17 tahun sebagai guru takmir turut berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang kerjayanya.

Katanya, kekurangan jemaah yang hadir ke surau dan masjid tidak sedikitpun mematahkan semangat sebagai seorang pendakwah untuk meneruskan perjuangan.

Selain itu, beliau turut berterima kasih atas penganugerahan tersebut yang diberikan kepadanya dan akan terus memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di Lopeng, Miri.

Bagi penerima Anugerah Tokoh Imam Mithali, Jammie Andrew, beliau tidak pernah mengimpikan untuk mendapat anugerah tersebut.

“Saya bersyukur kerana dipilih menerima anugerah ini dan mungkin kali ini rezeki berpihak kepada saya.

“Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan isteri saya yang banyak memahami kerjaya sebagai imam,” ujarnya.

Pemenang Anugerah Tokoh Guru Kafa Mithali, Awang Suhaini Awang Omar berkhidmat sebagai guru KAFA selama 12 tahun berkata, beliau tidak menyangka menerima anugerah tersebut sepanjang perkhidmatannya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang yang banyak menyokong dan memberi kerjasama kepada saya selama ini,” jelasnya.

Penerima masing-masing memperoleh hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 dan sijil penghargaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan