Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian kebocoran siling di luar bangunan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Miri yang berlaku pada jam 9.00 malam semalam tidak menghalang operasi di kawasan tersebut. Foto Salasiah Safian (TVS)

Siling bocor: Operasi di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Miri berjalan seperti biasa

BySalasiah Safian

MIRI, 11 Ogos: Kejadian kebocoran siling di luar bangunan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Miri yang berlaku malam tadi tidak menjejaskan operasi unit berkenaan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) berkata, jabatan tersebut masih beroperasi dan menerima semua kes-kes kecemasan seperti biasa.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian laluan koridor serta Zon Hijau akan ditutup sementara supaya kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

“Perkhidmatan Zon Hijau akan diteruskan di Zon Asma dalam ruangan bangunan yang sama.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berpunca daripada kegagalan sambungan paip buangan air menyebabkannya ia tidak mampu menampung jumlah air yang banyak akibat hujan lebat,” kata JKNS menerusi kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan bagi kes bukan kecemasan disarankan untuk pergi ke klinik kesihatan berdekatan supaya fungsi jabatan berkenaan untuk memberi rawatan segera kes kecemasan dapat diteruskan.

Bagi rawatan bukan kecemasan selepas waktu pejabat, pesakit juga boleh mendapatkan rawatan di klinik komuniti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan