Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pengunjung yang datang menikmati keindahan Pantai Tusan. Foto Salasiah Safian (TVS)

RM6.6 juta untuk bina galeri dan replika kuda minum di Pantai Tusan

BySalasiah Safian

MIRI, 11 Ogos: Sebanyak RM6.6 juta diperuntukkan untuk membina replika kepala kuda minum berserta galeri di Pantai Tusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata, ia akan dibina bagi menggantikan batu kepala kuda atau Tusan Cliff yang telah runtuh sebelum ini.

ADUN Bekenu, Datuk Rosey Yunus berucap di Majlis Perasmian Kemudahan Pelancongan Pantai Tusan hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

“Ia adalah di bawah seliaan Majlis Daerah Subis yang mana RM6.6 juta tersebut untuk membina replika kepala kuda dan di dalamnya akan dibina galeri.

“Tempat ini sememangnya cantik dan layak dikatakan sebagai satu daripada destinasi pelancongan walaupun banyak lagi yang perlu kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kemudahan Pelancongan Pantai Tusan, di sini hari ini.

Kata beliau, setelah bertahun penantian akhirnya bangunan Pantai Tusan dibuka kepada orang awam.

Kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik telah dibekalkan untuk kemudahan yang selesa dan baik.

Tambah beliau, bangunan Pantai Tusan merangkumi medan selera dengan menara tinjau, jalan raya, tempat letak kenderaan, trek laluan pejalan kaki, tiga unit gazebo, pancuran air mandi di kawasan luar bangunan dan tandas awam.

Projek ini telah mendapat kelulusan melalui Mesyuarat Kabinet Negeri pada 22 Jun 2017 dengan jumlah peruntukan yang diluluskan sebanyak RM5 juta dan sejumlah RM1 juta tambahan bagi menampung kos bayaran pampasan tanah dan survei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan