Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beribu-ribu penunjuk perasaan antiĀ  perkauman berhimpun di seluruh United Kingdom (UK) pada Sabtu untuk membantah rusuhan baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh kumpulan sayap kanan susulan serangan pisau Southport yang membunuh tiga kanak-kanak. Foto, AFP.

Ribuan penunjuk perasan anti-perkauman berhimpun seluruh UK

ByAFP

LONDON, 11 Ogos: Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-perkauman berhimpun di seluruh United Kingdom (UK) pada Sabtu untuk membantah rusuhan baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh kumpulan sayap kanan susulan serangan pisau Southport yang membunuh tiga kanak-kanak.

Orang ramai berkumpul di London, Glasgow di Scotland, Belfast di Ireland Utara, Manchester dan banyak lagi bandar serta pekan kerana bimbang akan tercetus konfrontasi ganas dengan kumpulan penghasut anti-imigran.

Rusuhan di UK beri kesedaran berita palsu tidak boleh diambil secara lewa – Fahmi

Bantahan itu menyusul selepas pada Rabu perhimpunan yang mahu dianjurkan oleh sayap kanan di seluruh negara tidak berlaku. Sebaliknya, orang ramai hadir ke perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan advokasi Stand Up To Racism.

Ketika itu, lebih 12 bandar di UK dan Belfast dilanda pergolakan anti-migran, berikutan tikaman maut pada 29 Julai yang disebabkan oleh maklumat palsu di media sosial mendakwa kes itu dilakukan oleh seorang imigran Islam.

Media UK pada Sabtu turut melaporkan Perdana Menteri Keir Starmer telah membatalkan rancangan untuk bercuti minggu depan bagi memberi fokus pada krisis yang sedang berlaku.

Rakyat Malaysia menetap, berkunjung ke UK dinasihat mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi

Di Ireland Utara turut menyaksikan kekacauan sejak hujung minggu lalu. Polis berkata mereka sedang menyiasat jenayah kebencian yang disyaki bermotifkan perkauman.

Bom petrol turut dilemparkan ke sebuah masjid di Newtownards, timur Belfast, awal Sabtu dengan coretan perkauman disembur pada bangunan itu, kata Perkhidmatan Polis Ireland Utara (PSNI).

Namun bom petrol itu tidak meletup, tambah polis.

“Ini dianggap sebagai jenayah kebencian bermotifkan perkauman dan saya ingin menghantar mesej yang jelas kepada mereka yang melakukan ini, bahawa perbuatan seperti ini tidak akan diterima,” kata Ketua Inspektor PSNI Keith Hutchinson.

Semalam terdapat juga laporan kerosakan harta benda dan kenderaan di Belfast.

Walaupun gangguan di Ireland Utara dicetuskan oleh peristiwa di England, ia didorong oleh kumpulan pro UK yang mempunyai agenda mereka sendiri, tambah PSNI.

Sementara itu kira-kira 5,000 penunjuk perasaan anti perkauman berhimpun di Belfast pada Sabtu dengan ‘sebahagian besarnya tanpa insiden’, kata polis.

Fiona Doran, dari kumpulan United Against Racism yang menganjurkan perhimpunan itu berkata, mereka berkumpul kerana ingin menunjukkan bahawa Belfast ialah bandar yang mesra, menolak perkauman, fascism, islamofobia, anti-Semitik atau kebencian terhadap perempuan.

Di London, ribuan orang berkumpul di luar pejabat parti Reform UK pimpinan Brexit Nigel Farage sebelum berarak melalui pusat bandar, diiringi oleh kehadiran polis yang ramai.

Mereka menyalahkan Farage dan tokoh sayap kanan yang lain kerana membantu menyemarakkan rusuhan melalui retorik anti-pendatang dan teori konspirasi.

“Sangat penting bagi orang kulit pelbagai warna di negara ini, bagi pendatang di negara ini, melihat kami di sini sebagai orang kulit putih British berkata tidak, kami tidak berpegang pada perkara ini’,” kata Phoebe Sewell dari London, memberitahu AFP.

Jeremy Snelling, 64, pula berkata dia bertindak balas kerana tidak suka sayap kanan yang turun ke jalanan ‘menggunakan’ namanya.

Dia juga menuduh pengasas parti Reformasi Farage telah menyumbang kepada persekitaran yang tidak menentu di negara itu.

“Saya fikir dia merosakkan dan saya fikir dia berbahaya,” tambah Snelling.

Sementara itu, suspek perusuh dibawa ke mahkamah pada Sabtu.

Ketua perkhidmatan pendakwaan Stephen Parkinson berkata, beratus-ratus peserta yang didakwa dalam keganasan itu tidak lama lagi akan menghadapi keadilan kerana fasa baharu kes lebih serius dijalankan melalui sistem itu.

Mereka yang disabitkan boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun di bawah kesalahan merusuh.

“Ini bukan tentang membalas dendam, ia mengenai memberikan keadilan,” kata Parkinson dalam komen yang dilaporkan oleh Sunday Times. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan