Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Sabu bergambar bersama-sama penerima bantuan. Foto TVS

Produk makanan Sarawak berpotensi dipasarkan lebih jauh

MIRI, 11 Ogos: Usahawan di Sarawak diajak untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada 11 sehingga 22 September di MAEPS Serdang, Selangor.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau melihat produk makanan seperti padi serta nanas di Sarawak mempunyai potensi tinggi dan perlu diusahakan dengan lebih jauh pada masa hadapan.

“Kita minta usahawan di Sarawak dapat bersama di MAHA nanti. Kita nampak kebangkitan dua bidang yang begitu jelas ke hadapan iaitu padi dan nanas termasuk yang lain-lain. Jadi kita harap peserta dari Sarawak dapat bersama supaya negeri ini bukan sahaja dikenali sebagai pengeluar minyak tetapi menjadi peneraju utama dalam strategi keterjaminan makanan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Ramah Mesra Madani Menteri KPKM Bersama Nelayan Miri di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.

Mohamad menjelaskan, kementeriannya akan terus mengutamakan padi dan beras untuk keterjaminan makanan kerana produk makanan tersebut paling banyak diambil rakyat.

Mengenai hukuman berat bagi kes penganiayaan haiwan di dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 tambahnya, kementeriannya melakukan perbincangan berterusan secara serius termasuk dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Menurutnya, masyarakat yang mengusahakan ternakan dan tanaman di kawasan diancam bintang liar dinasihatkan tidak bertindak sendiri tetapi perlu berurusan dengan agensi berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan