Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelari pecut dari Kongo, Dominique Lasconi Mulamba didapati positif steroid anabolik yang diharamkan di Sukan Olimpik Paris, menurut kenyataan Agensi Ujian Antarabangsa pada Ahad. Foto hiasan Envato

Pelari pecut Kongo, Mulamba didapati positif steroid anabolik

ByBernama

PARIS, 11 Ogos: Pelari pecut dari Kongo, Dominique Lasconi Mulamba didapati positif steroid anabolik yang diharamkan di Sukan Olimpik Paris, menurut kenyataan Agensi Ujian Antarabangsa pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mulamba didapati positif ujian yang mengandungi metabolit stanozolol pada 4 Ogos dan telah digantung buat sementara.

Mulamba berjaya melalui saringan awal bagi acara 100 meter pada 3 Ogos dengan catatan terbaik musim ini 10.54 saat. Dia meningkatkan catatan masanya sebanyak 0.01 saat dalam pusingan saringan 1 pada hari yang sama tetapi menamatkannya di tempat ketujuh dan tersingkir.

Atlet terlibat berhak mencabar pengenaan penggantungan sementara di hadapan Mahkamah Timbang Tara Sukan dan juga berhak meminta analisis sampel B. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan