Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika beraksi dalam acara basikal trek keirin lelaki repechage pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome hari ini. Foto Bernama

Paris 2024 : Muhammad Shah Firdaus disingkirkan biarpun tamat di kedudukan keempat

ByBernama

PARIS, 11 Ogos: Pelumba berbasikal trek negara Muhamad Shah Firdaus Sahrom disingkirkan pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, meskipun menamatkan cabaran di kedudukan keempat, hari ini.

Atlet berusia 28 tahun berasal dari Muar itu yang sedang memecut untuk menuju garisan penamat, dirempuh pelumba Jepun Shinji Nakano yang menyebabkan pelumba Great Britain Jack Carlin hilang kawalan sekali gus terjatuh, semasa pusingan terakhir di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome sebentar tadi.

Meskipun keputusan pada mulanya menunjukkan Muhammad Shah menamatkan saingan pada kedudukan keempat, keputusan itu tiba-tiba berubah kepada disingkirkan (relegated) oleh laman sesawang rasmi temasya tersebut, menjadikan beliau tercampak ke kedudukan keenam.

Pingat emas acara itu milik pelumba Belanda Harry Lavraysen diikuti perak dan gangsa masing-masing milik Matthew Richardson dari Australia dan rakan senegaranya Matthew Glaetzer.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Muhamad Shah gagal menebus kekecewaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang tersingkir di pusingan pertama acara sama.

Malaysia secara rasmi menamatkan kempen Olimpik Paris dengan dua gangsa masing-masing menerusi perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan