Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 tahun 2024 bertempat di Sarawak Islamic Information Centre, disini, pada hari ini.

Nilai etika, kebersamaan asas penting kukuhkan MACMA

ByMadeline Dugat

KUCHING, 11 Ogos; Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) perlu meletakkan nilai etika dan kebersamaan sebagai asas penting dalam memastikan tadbir urus persatuan yang baik.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia penting agar ahli MACMA terus bersatu dan bekerjasama dalam pelbagai perkara yang memberi manfaat.

“MACMA Sarawak yang sudah berusia 28 tahun kekal relevan dan berjaya menyatukan ahli sebagai sebuah keluarga besar yang bersama dalam aspek kebajikan dan penyatuan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-25 tahun 2024 di sini hari ini.

Menurut Fatimah, persatuan yang aktif dan mendapat kerjasama erat ahli akan dapat memberikan sumbangan balik kepada masyarakat.

Sementara itu, tahun 2023 menyaksikan penglibatan MACMA Sarawak dalam membantu MACMA Pusat menganjurkan Persidangan Antarabangsa Cina Muslim (International Chinese Muslim Conference (ICMC 2023) di Kuching yang dihadiri lebih kurang 300 delegasi antarabangsa dan tempatan.

Menurutnya, semasa mesyuarat agung tahunan, MACMA Sarawak akan menganjurkan majlis penyerahan insentif pelajar cemerlang sebagai usaha memberi galakan pendidikan kepada pelajar yang mencapai kejayaan.

“Mudah-mudahan insentif ini dapat meringankan bebanan kewangan dan memberi galakan untuk pelajar melakar keputusan cemerlang,” katanya.

MACMA Sarawak menunjukkan peningkatan keahlian dari 695 orang pada 2023 kepada 717 orang sejak ditubuhkan 1996.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan