Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap semasa Majlis Penutupan Minggu Kopi Kuching 2024 di University Swinburne di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Minggu Kopi Kuching tarik kehadiran pelancong

KUCHING, 11 Ogos: Minggu Kopi Kuching 2024 memberi impak terhadap peningkatan kemasukan pelancong ke Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran Minggu Kopi Kuching 2024 menarik kehadiran individu yang meminati kopi tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, ia secara langsung membantu Kerajaan Sarawak mencapai sasaran sebanyak 4.6 juta pelancong bagi tahun 2024.

“Saya agak terkejut, nampaknya peminat yang besar dalam industri pembuatan kopi dan ia memberi petanda baik  terutama apabila penganjur dapat membawa masuk mereka yang sangat arif tentang kopi dari luar datang kepada Sarawak.

“Ia membantu dalam mempromosikan kopi dan industri pelancongan kerana sesiapa sahaja yang datang ke negeri ini menjadi nilai tambah kepada bilangan pelancong yang datang,” katanya.

Beliau berucap semasa Majlis Penutupan Minggu Kopi Kuching 2024 di University Swinburne di Kuching pada Ahad.

Setakat Januari hingga Jun tahun ini, Sarawak mencatatkan lebih 2.4 juta ketibaan pelancong dan jumlah tersebut meningkat 23.26 peratus berbanding 1.96 juta pada tempoh sama pada 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan