Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMMU) Peringkat Sarawak 2024 di Wisma SABATI di sini hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Komited lahirkan insan berpengetahuan tinggi

KUCHING, 11 Ogos: Penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa yang melibatkan 100 pelajar tingkatan satu menjelang 2027 membuktikan Kerajaan Sarawak serius dalam usaha melahirkan insan berpengetahuan tinggi dalam ilmu dunia dan akhirat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sekolah berkenaan akan menggunakan silibus Cambridge dan Islam dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah Singapura.

“Ini bermakna pelajar dari sekolah berkenaan akan didedahkan kepada dua jenis ilmu iaitu Islam dan duniawi.

“Jika kita ada 120 pelajar lulus peperiksaan, maka Sarawak berjaya melahirkan 120 anak Islam yang mempunyai pengetahuan tinggi terutama dalam ilmu Sains seperti Fizik, Algoritma dan Kimia. Sebab itu, Sarawak tekankan kepentingan pendidikan kepada anak-anak di Sarawak,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMMU) Peringkat Sarawak 2024 di Wisma SABATI di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha.

Tahun lepas, lokasi sekolah berkenaan menurut Abang Johari dikenal pasti dan memulakan pembinaannya pada tahun ini.

Sekolah Islam Antarabangsa merupakan pelengkap rancangan Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan lima sekolah antarabangsa di negeri ini.

Setakat ini, Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak menerima kemasukan pelajar pada dua tahun lalu di Petra Jaya manakala empat lagi di Batu 12, Sibu, Miri dan Bintulu masih dalam pembinaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan