Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azizulhasni yang menggalas impian negara untuk merangkul emas pertama pada temasya sukan itu tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines di Paris semalam. Foto Majlis Sukan Negara Malaysia (FB)

“Kamu tetap selamanya permata negara Azizulhasni” – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang yang bertanding dalam acara keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Paris 2024: Azizulhasni jelaskan apa berlaku, minta rakyat Malaysia doakan kejayaan Shah Firdaus

“Kamu tetap dan selamanya permata negara, terima kasih,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran dimuat naik dalam ruangan Facebook Story yang berlatarbelakangkan gambar The Pocket Rocketman itu.

Azizulhasni yang menggalas impian negara untuk merangkul emas pertama pada temasya sukan itu tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines di Paris semalam.

Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan semasa saringan satu pusingan pertama selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek, sekali gus perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Paris 2024: Perjuangan Azizulhasni berakhir duka

Penyandang pingat perak itu sepatutnya bersaing dengan lima pelumba lain iaitu Matthew Glaetzer dari Australia, Rayan Helal (Perancis), Kaiya Ota (Jepun), Jeffrey Hoogland (Belanda) dan pelumba Suriname, Jair Tjon En Fa.

Saringan satu itu dimenangi Glaetzer sementara kedua menjadi milik Hoogland. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan