Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej Kontrak Kerja 06 (WP06) di Sarikei sepanjang 64.48 kilometer (km), yang dibahagikan kepada Seksyen Bukit Sebangkoi dan Seksyen Sarikei, telah mencapai 97 peratus dan dijangka siap Oktober ini. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Jajaran di Sarikei Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap Oktober

SARIKEI, 11 Ogos: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej Kontrak Kerja 06 (WP06) di Sarikei sepanjang 64.48 kilometer (km), yang dibahagikan kepada Seksyen Bukit Sebangkoi dan Seksyen Sarikei, telah mencapai 97 peratus dan dijangka siap Oktober ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam hantaran Facebook berkata status kerja-kerja pembinaan Seksyen Bukit Sebangkoi telah mencapai 99 peratus dengan baki kerja melibatkan penyambungan kemudahan utiliti iaitu paip air dan penyambungan tenaga elektrik ke lampu-lampu jalan di lokasi terlibat, pemasangan papan tanda dan lampu-lampu jalan di persimpangan pusingan P.

Bagi Seksyen Sarikei pula yang telah mencapai 95 peratus, katanya pihak kontraktor kini memberi fokus kepada kerja-kerja penyambungan paip utama yang menyalurkan bekalan air ke seluruh Bahagian Sarikei.

Beliau berkata proses itu memerlukan masa dan perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak berlaku kerosakan utiliti yang boleh menjejaskan bekalan air kepada orang awam.

“Kesemua kerja-kerja pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Oktober tahun ini,” katanya.

Nanta yang membuat lawatan ke tapak pembinaan jajaran itu, meminta semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan.

Beliau turut meninjau KM345 Kuching-Miri, laluan Pakej Kerja 04 (WP04) yang kerap dilanda banjir.

Menurutnya antara penyelesaian yang dibincangkan bersama pasukan kementerian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah menaikkan paras jalan setinggi 1.7 meter dari jalan sedia ada yang turut melibatkan kerja-kerja pelebaran jalan.

“Saya turut dimaklumkan kerja penambakan akan bermula bulan hadapan dan dijangka siap pada bulan Disember tahun ini,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan