Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JDT meminjamkan pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos ke Vietnam bagi menyertai Ho Chi Minh City FC.

Endrick pemain pertama negara sertai Liga Vietnam

ByTVS

JOHOR BAHRU, 11 Ogos: Johor Darul Ta’zim (JDT) meminjamkan pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos ke Vietnam bagi menyertai Ho Chi Minh City FC.

Perkembangan tersebut diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif JDT Alistair Edwards.

Beliau turut mengesahkan seorang lagi pemain, Fergus Tierney menyertai Chonburi FC di Thailand secara pinjaman.

“Kami berharap pinjaman ini memberi manfaat yang membolehkan Endrick dan Tierney memperoleh pengalaman berharga yang akan membuahkan hasil bagi Harimau Selatan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan Endrick pemain pertama dari Malaysia beraksi di Liga Vietnam dan mengisi kuota pemain import Asia.

Ho Chi Minh City merupakan juara Liga Vietnam sebanyak lima kali dan pernah beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim 2020.

Musim lepas mereka berada di kedudukan keempat dalam saingan liga dan Endrick merupakan pemain import pertama yang telah disahkan menyertai pasukan itu.

Dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Endrick merekodkan empat penampilan bersama skuad Harimau Selatan dan pemain yang berusia 29 tahun itu masih belum menjaringkan sebarang gol atau bantuan jaringan.-TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan