Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini setakat 7.30 malam ini berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi tadi. Foto: Media Sosial

Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS

ByBernama

MELAKA, 11 Ogos: Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini setakat 7.30 malam ini berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata 14 kawasan terjejas banjir membabitkan Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih dan Kampung Lekok.

Selain itu, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baharu Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang, Kampung Berisu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3 serta Taman Seri Aman turut terkesan akibat bencana itu.

“Setakat ini, PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 63 mangsa daripada 12 keluarga, PPS Perkim Masjid Tanah (empat mangsa daripada dua keluarga), PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar (67 mangsa dripada 10 keluarga).

“…manakala PPS Balai Raya Ayer Paabas menempatkan empat mangsa dan PPS Taman Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu 2 (110 mangsa daripada 20 keluarga),” katanya.

Pihaknya menjangka terdapat pertambahan malam ini berikutan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih masih dalam proses mendaftarkan mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan