Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMMU) Peringkat Sarawak 2024 di Wisma SABATI di sini hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Bahasa untuk berdakwah bergantung keadaan sesuatu kawasan

KUCHING, 11 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menemplak pihak yang mempersoal keputusan masjid di negeri ini yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ketika khutbah.

Abang Johari berpandangan penyampaian dakwah Islamiah perlulah mengambil kira keadaan sesuatu kawasan.

Menurutnya, ini kerana sekarang berlaku pertambahan sejumlah umat Islam majmuk yang merupakan golongan profesional dan warga asing.

“Ada pihak mempertikaikan kenapa Sarawak menggunakan Bahasa Inggeris ketika berkhutbah. Apa salahnya? Yang penting, mereka faham apa disampaikan ketika mendengar khutbah.

“Bahasa Inggeris adalah salah satu alat komunikasi memandangkan sesebuah kawasan mempunyai bilangan mualaf yang ramai,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMMU) Peringkat Sarawak 2024 di Wisma SABATI di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembinaan masjid baharu yang dibangunkan di Jalan Simpang Tiga menggantikan Masjid Al-Ittihad berdekatan Kompleks beli-belah The Spring itu kelak akan menggunakan Bahasa Inggeris semasa khutbah.

Untuk rekod, hanya dua daripada 1,574 institusi masjid dan surau menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar ketika khutbah iaitu Masjid Al-Ittihad, Kuching dan Islamic Information Centre (IIC), Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan