RM60,250 disumbangkan bagi Program Komuniti Madani Kampung Pulau Salak

KUCHING, 11 Ogos: Program Komuniti Madani diadakan untuk membantu meningkatkan tahap penghayatan ilmu dan rohani serta meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti di kawasan yang daif dan yang ditimpa kesusahan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Jajaran di Sarikei Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap Oktober

SARIKEI, 11 Ogos: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej Kontrak Kerja 06 (WP06) di Sarikei sepanjang 64.48 kilometer (km), yang dibahagikan kepada Seksyen Bukit Sebangkoi dan Seksyen Sarikei, telah mencapai 97 peratus dan dijangka siap Oktober ini.

Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS

MELAKA, 11 Ogos: Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini setakat 7.30 malam ini berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

SPRM tahan tiga penguat kuasa disyaki terima rasuah lindungi penyeludupan rokok

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di Sabah kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.