Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih Taekwondo Melaka, Michael Bong Cheng Swee (kanan) bersama pasukannya di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

SUKMA Sarawak: Skuad Taekwondo Melaka sasar sekurang-kurangnya dua pingat emas

ByTVS

KUCHING, 10 Ogos: Skuad Taekwondo Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak.

Jurulatih Skuad Taekwondo Melaka, Michael Bong Cheng Swee berkata, skuad Melaka yang diwakili 11 atlet muda yang bakal berentap dalam pelbagai kategori, akan memberikan saingan sengit kepada para pencabar mereka pada edisi SUKMA 2024 kali ini.

“Kami percaya atlet-atlet muda yang kami tampilkan pada temasya sukan kali ini akan memberikan persembahan terbaik dan kami yakin mereka akan menghasilkan satu kejutan dalam acara taekwondo ini kelak kerana mereka telah memberikan komitmen yang tinggi semasa sesi latihan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita sebaik sahaja tiba bersama pasukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada malam Sabtu.

Pada temasya SUKMA di Perak pada 2018, skuad Taekwondo negeri Melaka berjaya merangkul satu pingat emas menerusi acara Welterweight bawah 80 kilogram dan satu pingat perak menerusi acara Flyweight bawah 50 kilogram.

Terdahulu, pada edisi SUKMA Kuala Lumpur, skuad Melaka berjaya meraih 17 pingat emas, 11 pingat perak dan 23 pingat gangsa.

Kerajaan negeri Melaka turut menawarkan ganjaran menarik bagi atlet negeri tersebut yang menyumbangkan pingat pada temasya SUKMA XXI Sarawak nanti.

Atlet yang menyumbang pingat emas akan menerima RM5,000 sementara pemenang pingat perak akan menerima RM3,000 dan RM1,500 akan dihadiahkan kepada pemenang pingat gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan