Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau. Foto hiasan Envato

SPRM tahan pegawai penguatkuasa disyaki terima rasuah RM120,000

ByBernama

KOTA KINABALU, 10 Ogos: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pegawai penguatkuasa sebuah jabatan yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini dengan meminta rasuah bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang seludup yang ditahan oleh jabatan berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan  itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga berkata terdapat kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat membabitkan kes itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan