Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah menjelaskan, perbincangan antara kedua-dua pihak tertumpu kepada amalan pengurusan buaya secara inovatif dan peluang komersial melibatkan produk buaya. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Sarawak adakan lawatan ke Great Barrier Reef, kaji pemuliharaan marin dan integrasi pelancongan

ByAhmad Burhanuddin

CAIRNS, 10 Ogos: Delegasi Kerajaan Sarawak ke lokasi terumbu karang terbesar dunia atau Great Barrier Reef di Australia menunjukkan komitmen tinggi wilayah ini dalam usaha mengkaji pemuliharaan marin dan integrasi pelancongan dengan pemeliharaan alam sekitar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi tersebut berkata, kunjungan ke lokasi ikonik terumbu karang terbesar di dunia itu merupakan sebahagian daripada lawatan penanda aras berterusan kerajaan negeri.

“Lawatan tersebut menekankan komitmen Sarawak untuk menerima pakai amalan terbaik global dalam pengurusan sumber asli dan pembangunan mampan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, pihaknya turut melakukan lawatan ke Marineland Melanesia Croc Park bertujuan mengkaji kaedah pemuliharaan buaya di pusat tawanan buaya terbesar dunia itu.

Beliau menambah, pada lawatan itu juga delegasi Kerajaan Sarawak terlibat dengan mesyuarat di Hartley’s Crocodile Adventure bersama dengan Jabatan Alam Sekitar, Sains & Inovasi (DESI) Queensland.

“The Great Barrier Reef dan Hartley’s Crocodile Adventures menawarkan model teladan pemuliharaan dan pelancongan mampan, selain dapat memberikan pengajaran berharga untuk inisiatif Sarawak sendiri,” ujarnya.

Awang Tengah menjelaskan, perbincangan antara kedua-dua pihak tertumpu kepada amalan pengurusan buaya secara inovatif dan peluang komersial melibatkan produk buaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan