Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berkata usahawan wanita mempunyai inovasi dan idea pemikiran baharu dalam penghasilan sesuatu produk namun mempunyai kekangan dari segi kekurangan modal. Foto Faitullah Morni (TVS)

RM25 juta perkasa usahawan wanita Sarawak

ByDouglas Elliot

SIBU, 10 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM25 juta bagi memperkasa usahawan wanita di Sarawak.

Beliau berkata usahawan wanita mempunyai inovasi dan idea pemikiran baharu dalam penghasilan sesuatu produk namun mempunyai kekangan dari segi kekurangan modal.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak akan mendeposit sebanyak RM25 juta ke dalam Affin Bank dan pinjaman kewangan ini akan diuruskan menerusi bank berkenaaan.

“Bantuan ini khas untuk usahawan wanita di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Hari Wanita Sarawak (HWS) 2024 di sini, hari ini.

Katanya, bantuan itu juga bertujuan membantu wanita bergiat dalam aktiviti ekonomi dan mengembangkan perusahaan mereka ke peringkat global.

Pada masa sama, Abang Johari berkata kerajaan akan meneruskan Geran Modal Pemerkasaan Wanita berjumlah RM2.3 juta.

“Saya percaya melalui bantuan ini dan inisiatif ini, ia akan membantu mereka melakar kejayaan,” ujarnya.

Bertemakan Wanita Sarawak dalam Inovasi dan Teknologi, sambutan HWS bertujuan meraikan sumbangan wanita Sarawak dalam pembangunan keluarga, wilayah dan negara.

Sambutan turut dihadiri isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan