Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Kanan Petronas untuk Penyampaian Projek dan Teknologi, Mohd Yusri Mohamed Yusof memegang obor pada Majlis Penutupan Petronas BeDigital Bootcamp Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Naib Presiden Kanan Petronas untuk Penyampaian Projek dan Teknologi, Mohd Yusri Mohamed Yusof memegang obor pada Majlis Penutupan Petronas BeDigital Bootcamp Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Petronas BeDigital Bootcamp tingkat literasi digital, kebolehpasaran graduan tempatan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Ogos: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) optimis Progam BeDigital Bootcamp Sarawak meningkatkan literasi digital dalam kalangan graduan agar berkebolehpasaran bagi memenuhi tuntutan  semasa.

Naib Presiden Kanan Petronas untuk Penyampaian Projek dan Teknologi, Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata, program itu berjaya melahirkan modal insan bagi menyumbang kepada pertumbuhan Sarawak serta negara.

“Melalui BeDigital Bootcamp, kami melengkapkan para graduan dengan kemahiran yang betul untuk melangkah ke pasaran kerja yang kompetitif.

“Selain daripada set kemahiran digital, mereka mempelajari kemahiran keusahawanan dan komunikasi untuk memperkasakan diri mereka dalam mencorak laluan kerjaya mereka sendiri sama ada dalam landskap digital mahupun bidang lain yang menjadi pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Petronas BeDigital Bootcamp Sarawak yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Naib Presiden Kanan Petronas untuk Pengurusan Petroleum Malaysia, Datuk Bacho Pilong.

Mohd Yusri yang memetik Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini turut menekankan bahawa pendidikan merupakan kunci penting yang mampu mengubah ekonomi negeri dan juga negara ini.

“Beliau (Abang Johari) menyatakan bahawa kita mampu menjamin masa depan yang lebih makmur untuk Sarawak dengan membuat pelaburan terhadap belia kita dan memberikan mereka yang sumber pendidikan yang terbaik,” ujarnya.

 

Audrey Stefanie Julip, 24, bakal graduan Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, yang juga peserta terbaik wanita Petronas BeDigital Bootcamp Sarawak menerima dua tawaran pekerjaan sekali gus daripada dua syarikat minyak dan gas berbeza. Foto: TVS
Audrey Stefanie Julip, 24, bakal graduan Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, yang juga peserta terbaik wanita Petronas BeDigital Bootcamp Sarawak menerima dua tawaran pekerjaan sekali gus daripada dua syarikat minyak dan gas berbeza. Foto: TVS

Sementara itu, graduan Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak, yang juga peserta terbaik wanita, Audrey Stefanie Julip, 24, mengakui dirinya tidak menyangka menerima dua tawaran kerja daripada dua syarikat utama minyak dan gas, PTT Exploration and Production (PTTEP) dan JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation.

“Semasa temuduga, apa yang saya lakukan ialah saya cuba sedaya upaya untuk menawarkan potensi yang ada di dalam diri kerana saya tahu bahawa syarikat-syarikat ini amat bersemangat untuk memupuk generasi lebih muda berkecimpung dalam industri berkenaan,” katanya.

Graduan jurusan Kejuruteraan Kimia bagi ijazah Sarjana Muda itu menzahirkan rasa syukur kerana ditawarkan dua peluang pekerjaan dengan kadar serentak sejurus tamat Progam BeDigital Bootcamp Sarawak dan akan mempertimbangkan kedua-dua tawaran tersebut sebelum membuat keputusan.

BeDigital Bootcamp Sarawak kohort kelapan ini menyaksikan seramai 43 peserta program ditawarkan tawaran kerja bersyarat dan penempatan latihan industri daripada pelbagai syarikat rakan kongsi pengambilan pekerja.

Untuk rekod, program yang berlangsung selama 12 hari di Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak itu disertai seramai 99 peserta dari tujuh universiti dan disokong oleh 24 syarikat rakan kongsi bagi pengambilan pekerja pada edisi kali ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan