Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alessia Zarbo tumbang ketika acara final 10,000 meter Olimpik Paris di Stade de France, Saint-Denis. - Foto AFP

Pelari Perancis tumbang ketika acara 10,000 meter

ByTVS

PARIS, 10 Ogos: Pelari Perancis, Alessia Zarbo tumbang ketika acara final 10,000 meter Olimpik Paris dan pasukan perubatan berkejar memberikan rawatan ketika perlumbaan di Stade de France sedang berlangsung.

Zarbo dilaporkan semakin pulih. Seorang lagi pelari, Rahel Daniel dari Eretria, gagal menamatkan perlumbaan walaupun mendahului seketika di peringkat awal.

Pelari Kenya, Beatrice Chebet meraih emas acara berkenaan dengan catatan 30 minit 43.25 saat, menambah koleksi emasnya di Olimpik Paris selepas memenangi acara 5,000 meter.

Nadia Battocletti dari Itali meraih perak dengan catatan 30:43.35 manakala pelari Belanda, Sifan Hassan, pemenang emas di Tokyo, ketiga dengan catatan 30:44.12.

Pemegang rekod dunia, Chebet yang memecut meninggalkan kelompok depan ketika perlumbaan berbaki satu pusingan, meraih emas pertama negaranya dalam acara berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Zarbo atau Daniel positif COVID-19 yang menular di perkampungan sukan Olimpik.

Noah Lyles memenangi gangsa ketika dijangkiti virus berkenaan. Puluhan atlet di temasya berkenaan diuji positif tetapi penganjur tidak mengenakan sebarang sekatan.

Lyles terpaksa ditolak dengan kerusi roda selepas menamatkan perlumbaan 200 meter di tempat ketiga. Dia kemudian mendedahkan yang dia disahkan positif COVID-19 dua hari sebelum itu.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan