Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan perhargaan pada majlis penutupan Program Kesihatan dan Kesedaran Kesihatan Seksual UNIMAS sempena Karnival Hari Keluarga, Kesejahteraan dan Kesihatan Remaja di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Masyarakat perlu cakna pendidikan seksual, reproduktif

KUCHING, 10 Ogos: Masyarakat perlu cakna tentang pendidikan seksual dan reproduktif dalam menangani pelbagai isu termasuk kehamilan tidak dirancang dalam kalangan remaja selain membendung penyakit kelamin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri berkata, meskipun perkara berkaitan seksual merupakan isu sensitif, namun ia perlu dibincangkan secara mendalam dan dibicarakan dengan minda terbuka agar remaja serta belia tahu tanggungjawab dan kesan daripada tindakan mereka.

“Perkara sebegini sebenarnya lebih sesuai dibincang secara bersemuka dan dalam keadaan lebih peribadi. Namun, menjadi tanggungjawab kita semua dan bukan hanya meletakkan amanah memberikan pendidikan seksual serta reproduktif kepada pihak tertentu, contohnya seperti Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sahaja tetapi kementerian lain perlu juga memainkan peranan dalam mendepani perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kesihatan dan Kesedaran Kesihatan Seksual Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sempena Karnival Hari Keluarga, Kesejahteraan dan Kesihatan Remaja di Kampung Sourabaya Ulu, di sini pada Sabtu.

UNIMAS membina platform yang diberi nama risesunimas.com yang direka untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan reproduktif dan seksualiti yang menggunakan pendekatan interaktif dalam mendepani isu pendidikan seksual dan reproduktif bagi remaja serta ibu bapa.

Untuk rekod, dari bulan Januari sehingga Jun 2024, sebanyak 940 kes remaja hamil di Sarawak dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan