Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mustapha menerima cenderahati daripada Al-Khalid Othman selepas merasmikan majlis penutupan program IDCT 2023. Foto TVS

KPT akan perkasakan program keusahawanan

KOTA SAMARAHAN, 10 Ogos: Penurunan tren keusahawanan di kalangan graduan universiti dan politeknik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, beliau memandang serius mengenai perkara itu dan akan berusaha dalam meningkatkan bilangan graduan yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Menurutnya, keperluan dalam melahirkan tenaga mahir dan keusahawan perlu seiring dengan kehendak dan pembangunan negara.

“Kita mahu melahirkan usahawan kerana usahawan ini akan membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda yang lain

“Jadi apabila saya melihat statistik dalam beberapa tahun ini saya telah meminta kementerian (KPT) memberikan fokus kepada isu ini dan saya fikir ini adalah usaha kita untuk menerapkan minda keusahawan kepada pelajar,” katanya.

Mustapha berkata demikian selepas ditemui pemberita pada akhir Majlis Penutupan Program Impact Digital Community Tourism (IDCT 2023) di sebuah pusat membeli belah di sini, pada Sabtu.

IDCT 2023 bermula pada Jun tahun lalu membabitkan 16 IPTA Malaysia yang berada di Sabah dan Sarawak dengan objektif utamanya menghasilkan kandungan digital bagi memasarkan produk pelancongan komuniti.

Tambah Mustapha lagi, terdapat beberapa faktor yang mendorong penurunan tren keusahawanan di kalangan graduan yang bermula selepas Pasca Pandemik Covid-19.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Ts. Dr Al-Khalid Othman berkata, IDCT 2023 yang dijalankan bermula pada bulan Jun tahun lalu dilihat berjaya menarik minat pelajar dalam bidang keusahawan dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan

Menurutnya, program tersebut adalah anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Menerusi penganjuran program tersebut, terdapat tiga manfaat yang diperoleh bersama antara kumpulan pelajar dan komuniti yang mengambil bahagian.

“Salah satunya, pelajar kita berpeluang untuk berkongsi dan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran mereka dalam keusahawanan dengan menggunakan pemasaran digital kepada komuniti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan